Close

blog

Tutor di Singapura mempunyai pendapatan sehingga $15,000 sebulan! ( Malahan seorang tutor berpendapatan $55,000 sebulan!)

31 Ogos 2013

Tahukah anda home tutor di negara jiran kita Singapura mempunyai pendapatan dari $2000 sehingga $15,000 sebulan?! Itu bersamaan dengan RM5000 sehingga RM37,500 sebulan! (1 Dolar Singapura = RM2.50) Tidak percaya saya? Klik link dibawah untuk membaca artikel dari suratkhabar The Sunday Times.

http://www.tutorkami.com/my/boards/topic/8/tutors-can-earn-a-five-figure-income-in-singapore

(Maaf, hanya tutor berdaftar sahaja boleh mengakses forum TutorKami =D ) 

blog.tags20 : 
KOMEN (0)

Tip Studi 'Last Minit' untuk Matematik Moden & Tambahan (SPM)

29 Ogos 2013

Minggu depan peperiksaan percubaan SPM 2013 akan bermula. Adakah anda, pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ini, sudah bersedia? Masih ada masa lagi untuk mengulangkaji dan Cikgu harap anda gunakan masa yang masih ada ini untuk membuat persediaan sebaik mungkin sebelum peperiksaan bermula. Di sini Cikgu berikan tips-tips ulangkaji ‘last minit’ untuk Kertas Matematik Moden dan Tambahan. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

  1. Lihat analisis soalan-soalan SPM yang lepas di sini dan sini. Anda akan dapati jumlah soalan untuk setiap topik adalah lebih kurang sama untuk setiap tahun. Untuk pelajar yang tidak sempat habis mengulangkaji kesemua topik sebelum SPM, fokuskan usaha anda untuk mengulangkaji dan membuat soalan dalam topik yang paling senang dan paling banyak keluar soalan. Kebarangkalian anda untuk mendapat result lebih baik adalah lebih tinggi.               
  2. Anda juga akan dapati soalan yang keluar setiap tahun adalah lebih kurang sama. Oleh itu cuba buat sekurang-kurangnya 1 set soalan SPM yang lepas  dan 1 set soalan trial 2012 dari negeri yang lain. (Cikgu cadangkan trial SBP atau MRSM). Tujuannya untuk berlatih menjawab jenis-jenis soalan yang biasa keluar, supaya anda lebih bersedia bila tiba hari peperiksaan nanti. Koleksi soalan SPM yang lepas boleh dibeli di kedai buku, dan untuk soalan trial anda boleh dapatkannya di www.banksoalanspm.com. Skema jawapan juga ada disediakan. 
  3. Adalah penting juga untuk pelajar berlatih menjawab setiap set soalan mengikut masa yang ditetapkan. Untuk kertas Matematik, kebiasaanya masa yang diberikan adalah cukup-cukup sahaja untuk menjawab. Oleh itu, rujuk jadual di bawah dan cuba berlatih untuk tidak mengambil masa lebih dari yang dicadangkan untuk menjawab sesuatu soalan.
  4. Untuk soalan Kertas 2 yang boleh dipilih, kenalpasti sekarang soalan mana yang akan anda pilih dalam trial SPM nanti. Lebihkan mengulangkaji topik yang anda akan pilih, dan jangan membuang masa mengulangkaji terlalu lama dalam topik yang anda tidak akan pilih.
  5. Setelah mencuba set soalan ini, bincang soalan yang anda dapat salah (atau anda ‘tembak’) dengan cikgu, tutor, kawan atau sesiapa yang boleh membantu. Kenalpasti mana-mana bahagian atau topik yang anda masih lemah atau tidak tahu. Cuba mantapkan pemahaman dalam topik/bahagian ini supaya anda tidak membuat kesalahan lagi. Dapatkan bantuan. Jika anda mempunyai cikgu tuisyen di rumah atau home tutor, pastikan anda selalu bertanya dan berbincang dengan cikgu itu tentang topik yang anda rasakan sukar dan bagaimana cara untuk menjawab soalan-soalan di dalam topik itu.

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Berjaya!

Cikgu Hambal

http://www.tutorkami.com/my/tutor-70886

blog.tags20 : 
KOMEN (0)

Berita baik untuk ibubapa pada tahun 2014?

22 Ogos 2013

Tuisyen anak akan dikecualikan cukai

Tuisyen anak dikecualikan cukai

Cadangan akan dikemuka untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014: TPM

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke kelas tuisyen dan sekolah swasta.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertimbangan sama akan diberikan kepada ibu bapa yang mengambil inisiatif menyambung pengajian di pelbagai peringkat.

Timbalan Perdana Menteri akan mengemukakan cadangan yang disyorkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 semalam untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan yang kini dalam proses mendapatkan maklum balas rakyat untuk merangka Bajet 2014. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tuisyenanakdikecualikancukai/m/mArticle

KOMEN (0)

Dari Puan Noorhaida..

21 Ogos 2013


Saya ibu Tutor Hambal nak share this incident with my form 4 Chemistry student. Harap sudi baca. Anak murid saya, pelajar India ting 4S1 dtg jumpa saya minta saya tambah markah utk ujian bulanan nya, markahnya 33. Kemudian dia cerita kat saya yg dia pegi tuition kimia kat a tuition center tapi apa pun dia tak faham. Satu kelas sekali on pelajarnya 50 org. Dia dok di belakang. Saya kata knp tak dtg jumpa saya masa saya free. Problem is that Im never free. Masa free kena relief kelas, buat tugas2 guru tingkatan, ketua panitia kimia, gubal soalan, buat analisis...bla..bla...bla...also if saya free pun pelajar kurang percaya or takut nak jumpa cikgu. So saya nasihat keluar dari tuition itu dan jumpa saya bila2 masa utk bertanya. Tetapi....usaha utk cari tempat tuition yg lain if perlu sangat. Mmg perlu becos parents menekan pelajar utk p tuition. Ramai parents skrg are highly motivated or mempunyai harapan tinggi utk anak2 mereka supaya berjaya . So saya alu-alukan usaha anak sulung saya tentang private tutor or one to one tutoring. Maybe lebih berkesan utk pelajar2 yg sgt lemah and mmg perlu extra coaching in their lessons. Kami guru di sekolah satu kelas sampai 42 org pelajar dan masa mengajar hanya 2 kali seminggu. How to excel our students with all this constrain. Utk saya maybe OK becos of 25 years of teaching. Guru2 baru, mcmana agaknya pula. So tq for reading and pls ponder on my sharing.

Puan Noorhaida Sukardi,

Guru menengah selama 25 tahun dan ibu saya.

KOMEN (0)

SEPERTI YANG DITUNGGU-TUNGGU..

20 Ogos 2013

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, laman web www.TutorKami.com ini dilancarkan secara rasmi pada 20 haribulan Ogos 2013, bersamaaan dengan 12 Syawal 1434 Hijrah. Alhamdulillah..

KOMEN (0)