Close

blog

Seminar Train the Tutor

09 Januari 2015

Seminar Tuisyen Train the Tutor

Untuk tahun baru 2015 ini, TutorKami.com dengan kerjasama Pusat Tuisyen Efektif Shah Alam akan mengadakan buat pertama kalinya apa yang dinamakan seminar 'Train the Tutor'. Seminar ini adalah khas untuk cikgu tuisyen atau tutor dan juga sesiapa yang bercadang untuk menjadi cikgu tuisyen full time atau part time. Seminar ini amat unik kerana ia menggabungkan 3 trainer dari 3 kepakaran dan latar belakang. Trainer pertama ialah Cikgu Noorhaida Sukardi, seorang cikgu sekolah dan juga merupakan guru pakar untuk subjek Kimia SPM. Trainer kedua ialah seorang Cikgu Raheel Noorsham, seorang cikgu tuisyen full time, dan juga merupakan pengetua di Pusat Tuisyen Efektif. Trainer ketiga, Cikgu Hambal Noorsham pula merupakan pemilk agensi home tuition TutorKami.com, antara agensi yang terkemuka di Malaysia. Ketiga-tiga trainer ini akan berkongsi dengan peserta seminar skill dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi tutor yang lebih berkualiti dan sekaligus memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www.tuisyenefektif.com/seminarTTT

KOMEN (0)