Close

Tip Studi 'Last Minit' untuk Matematik Moden & Tambahan (SPM)

Minggu depan peperiksaan percubaan SPM 2013 akan bermula. Adakah anda, pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ini, sudah bersedia? Masih ada masa lagi untuk mengulangkaji dan Cikgu harap anda gunakan masa yang masih ada ini untuk membuat persediaan sebaik mungkin sebelum peperiksaan bermula. Di sini Cikgu berikan tips-tips ulangkaji ‘last minit’ untuk Kertas Matematik Moden dan Tambahan. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

  1. Lihat analisis soalan-soalan SPM yang lepas di sini dan sini. Anda akan dapati jumlah soalan untuk setiap topik adalah lebih kurang sama untuk setiap tahun. Untuk pelajar yang tidak sempat habis mengulangkaji kesemua topik sebelum SPM, fokuskan usaha anda untuk mengulangkaji dan membuat soalan dalam topik yang paling senang dan paling banyak keluar soalan. Kebarangkalian anda untuk mendapat result lebih baik adalah lebih tinggi.               
  2. Anda juga akan dapati soalan yang keluar setiap tahun adalah lebih kurang sama. Oleh itu cuba buat sekurang-kurangnya 1 set soalan SPM yang lepas  dan 1 set soalan trial 2012 dari negeri yang lain. (Cikgu cadangkan trial SBP atau MRSM). Tujuannya untuk berlatih menjawab jenis-jenis soalan yang biasa keluar, supaya anda lebih bersedia bila tiba hari peperiksaan nanti. Koleksi soalan SPM yang lepas boleh dibeli di kedai buku, dan untuk soalan trial anda boleh dapatkannya di www.banksoalanspm.com. Skema jawapan juga ada disediakan. 
  3. Adalah penting juga untuk pelajar berlatih menjawab setiap set soalan mengikut masa yang ditetapkan. Untuk kertas Matematik, kebiasaanya masa yang diberikan adalah cukup-cukup sahaja untuk menjawab. Oleh itu, rujuk jadual di bawah dan cuba berlatih untuk tidak mengambil masa lebih dari yang dicadangkan untuk menjawab sesuatu soalan.
  4. Untuk soalan Kertas 2 yang boleh dipilih, kenalpasti sekarang soalan mana yang akan anda pilih dalam trial SPM nanti. Lebihkan mengulangkaji topik yang anda akan pilih, dan jangan membuang masa mengulangkaji terlalu lama dalam topik yang anda tidak akan pilih.
  5. Setelah mencuba set soalan ini, bincang soalan yang anda dapat salah (atau anda ‘tembak’) dengan cikgu, tutor, kawan atau sesiapa yang boleh membantu. Kenalpasti mana-mana bahagian atau topik yang anda masih lemah atau tidak tahu. Cuba mantapkan pemahaman dalam topik/bahagian ini supaya anda tidak membuat kesalahan lagi. Dapatkan bantuan. Jika anda mempunyai cikgu tuisyen di rumah atau home tutor, pastikan anda selalu bertanya dan berbincang dengan cikgu itu tentang topik yang anda rasakan sukar dan bagaimana cara untuk menjawab soalan-soalan di dalam topik itu.

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Berjaya!

Cikgu Hambal

http://www.tutorkami.com/my/tutor-70886

TINGGALKAN KOMEN ANDA