Close

blog

Penerangan Tentang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

14 Julai 2014

Oleh Cikgu Noorhaida Sukardi, Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam

Pada 2013, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menukar Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang akan mula dilaksanakan pada 2014. Namun sehingga kini, ramai ibubapa, pelajar,dan tutor yang masih tidak jelas atau tidak tahu tentang format baru peperiksaan PT3 ini. 

Dibawah ialah jadual perbandingan antara PMR dan PT3:Info PT3 Tingkatan 3Jadi secara ringkas, perbezaan utama ialah PT3 akan dijalankan dan ditadbir di peringkat sekolah masing-masing dan bukan berpusat atau serentak seluruh negara seperti PMR. Dari segi format pula perbezaan ketara ialah subjek BM dan English kini akan mempunyai Ujian Lisan (pendengaran & percakapan), manakala untuk subjek Sejarah & Geografi pula penilaian adalah menggunakan pelbagai instrumen seperti membuat kajian kes,projek, ujian bulanan dan sebagainya. Untuk subjek yang lain, ujian adalah secara bertulis dan tiada lagi kertas objektif.

Tarikh pelaksanaan ujian bertulis PT3 untuk semua subjek adalah pada bulan Oktober. Manakala untuk ujian lisan pada awal bulan Ogos. Lihat jadual di bawah untuk tarikh lengkap:Jadual PT3 Tingkatan 3Untuk ibubapa dan guru yang ingin mengetahui tentang format kertas peperiksaan bertulis PT3, bolehlah rujuk sampel kertas untuk setiap subjek pada link-link di bawah:

a) Bahasa Melayu http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003460.pdf

b) Bahasa Inggeris http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003461.pdf

c) Sejarah http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003462.pdf

d) Geografi http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003463.pdf

e) Pendidikan Islam http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003469.pdf

f) Matematik  http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003470.pdf 

g) Sains http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003471.pdf

Untuk subjek-subjek lain boleh dilihat di link bawah ini:

http://goo.gl/F0z5Lp

Jika Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan di bahagian komen. Terima kasih

KOMEN (1)

Tuisyen Di Rumah Sendiri - Kelebihan

09 Disember 2013

Oleh: Ahmad Hambal Noorsham


Guru Cikgu Tuisyen Di Rumah

Bagi kebanyakan pelajar, tuisyen merupakan pelengkap kepada apa yang dipelajari di sekolah. Ini kerana, mereka dapat mengulangkaji dan bertanya kepada pengajar atau tutor apa yang mereka tidak faham atau terlepas di sekolah. Ibu bapa pula memilih untuk menghantar anak mereka ke tuisyen untuk memastikan anak mereka mengulangkaji pelajaran dan tidak terlalu menghabiskan masa mereka dengan sia-sia.

Terdapat dua jenis tuisyen yang pelajar biasanya pergi iaitu 1) di pusat tuisyen, atau 2) tuisyen di rumah, sama ada di rumah pelajar sendiri atau di rumah pengajar.

Dalam 'posting' kali ini, saya akan menerangkan kelebihan-kelebihan memilih untuk tuisyen di rumah sendiri:

1) Konsep '1-to-1' atau kumpulan kecil

Kelebihan utama memilih tuisyen di rumah sendiri ialah pelajar akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pengajar.

Kita sedia maklum yang setiap pelajar adalah unik, dan tidak semua pelajar cepat dalam memahami apa yang diajar di sekolah. Ada juga pelajar yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam subjek (contohnya: tidak menghafal sifir untuk subjek Matematik) menyebabkan mereka lambat faham apa yang diajar. Kadang-kala, cikgu di sekolah mengajar terlalu cepat disebabkan perlu menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar kurang faham apa yang diajar didalam kelas, terutama sekali untuk subjek yang sukar seperti Matematik Tambahan dan Fizik.

Akibatnya, ada pelajar-pelajar yang ketinggalan dan tercicir, dan majoritinya adalah pelajar yang segan untuk bertanya apa yang mereka tidak faham atau tidak tahu di dalam kelas. Lama-kelamaan pelajar-pelajar ini akan mula berputus-asa, hilang minat untuk belajar, dan akhirnya mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan.

Dengan tuisyen di rumah, tumpuan penuh yang diberikan seorang guru tuisyen kepada pelajar membolehkan tutor mengetahui apa yang sebenarnya tidak difahami pelajar tersebut. Tutor kemudiannya dapat mengajar pelajar sehingga mereka betul-betul faham, dan memberikan latihan-latihan untuk menguji pemahaman mereka. Kesempatan ini juga dapat digunakan tutor untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar tersebut. Sebagai contoh, ada pelajar yang tidak dapat membuat sesuatu soalan Matematik dengan pantas dan betul, walaupun telah memahami apa yang diajar. Setelah dikenalpasti, pelajar ini sebenarnya tidak menghafal sifir,atau tidak mampu membuat congak yang mudah kerana terlalu bergantung kepada kalkulator, atau ada yang masih terkeliru dengan operasi yang melibatkan nombor negatif dan pecahan. Setelah mengenalpasti kelemahan ini, tutor dapat membantu pelajar mencari jalan untuk mengatasi kelemahan tersebut. (contohnya: melatih pelajar menghafal sifir, melatih pelajar membuat congak mudah tanpa kalkulator dsbnya).

Ini amat membantu pelajar dalam pelajaran mereka, dan hasilnya proses pembelajaran akan menjadi semakin mudah dan menyeronokkan. Tuisyen persendirian juga membantu pelajar yang pemalu atau takut bertanya dalam kelas untuk menjadi lebih 'berani' bertanyakan sesuatu kepada tutor.Apabila tutor membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah, mereka akan perlahan-lahan membina keyakinan diri mereka. Pelajar juga akan menyedari yang mereka sebenarnya boleh menyelesaikan masalah-masalah yang lain dengan lebih banyak bertanya. Ini akan menambahkan 'self-confidence' dalam diri pelajar untuk mengatasi perasaan malu dan takut mereka di masa hadapan. Ibu bapa juga akan berasa gembira apabila pelajar mula menunjukkan kemajuan dalam keputusan peperiksaan mereka.

2) Flexibiliti dalam pembelajaran

Tuisyen di rumah amat flexibel dari segi sistem pembelajarannya. Pelajar boleh memilih apa-apa topik atau bab yang mereka ingin belajar, tanpa terikat dengan silibus atau jadual pelajaran. Mereka boleh memilih untuk belajar topik-topik yang susah atau yang tidak faham sahaja dan melangkau mana-mana topik yang sudah difahami. Ini membolehkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM atau PMR mula membuat soalan-soalan ramalan dan 'past year papers' dengan lebih awal, dan mempunyai masa secukupnya untuk membincangkan jawapan dengan tutor, dan seterusnya mengenalpasti apa lagi kelemahan yang mereka perlu atasi. Berdasarkan kajian ke atas pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sebelum ini, antara faktor kejayaan mereka ialah membuat soalan-soalan latihan SPM secukupnya, dan membincangkan jawapan yang mereka dapat salah untuk mengetahui bagaimana mendapatkan jawapan yang betul.

Dari segi masa pula, pelajar dapat memilih waktu dan hari yang mereka selesa untuk belajar. Jika terdapat sebab-sebab kecemasan, cikgu tuisyen boleh menggantikan sesi tuisyen tersebut pada waktu lain, tanpa perlu berasa risau yang mereka akan tertinggal mana-mana topik atau subjek.

3) Keselesaan dan keselamatan

Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah terutamanya di bandar-bandar amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menghantar dan mengambil pelajar untuk tuisyen. Dengan memilih untuk tuisyen di rumah sendiri, pelajar tidak perlu lagi ke mana-mana, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga mereka. Ibu bapa juga tidak perlu berasa risau kerana keselamatan dan keselesaan anak mereka adalah terjamin di rumah sendiri. Dengan tuisyen di rumah juga, ibu bapa dapat memantau perkembangan pelajaran anak mereka dengan lebih dekat. Ini kerana mereka dapat berjumpa selalu dengan pengajar, dan pengajar sentiasa dapat melaporkan prestasi terkini pembelajaran anak mereka.

Kesimpulannya, dengan memilih untuk tuisyen di rumah, pelajar akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pengajar, memperoleh flexibiliti dalam pembelajaran dan menikmati keselesaan dan keselamatan semasa belajar.

Terima kasih.

blog.tags20 : 
KOMEN (1)

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa semakin popular?

22 September 2013

Oleh: Ahmad Hambal Noorsham

Di seluruh dunia, trend mengambil cikgu tuisyen yang datang ke rumah atau home tuisyen semakin meningkat. Di United Kingdom, peningkatan ibubapa yang mengambil guru tuisyen di rumah adalah sebanyak 18% kepada 24% tahun ini (rujuk artikel ini). Di Singapura, ibubapa membelanjakan $820 juta setahun untuk tuisyen, dimana hampir separuhnya untuk tuisyen di rumah (rujuk di sini ). Di Korea Selatan perbelanjaan untuk tuisyen persendirian atau ‘private tutoring’ dijangka akan mencecah $13.9 billion menjelang akhir 2012 yang lepas. (Artikel di sini)

Apakah factor-faktor yang menyebabkan peningkatan ini? Ada 3 sebab utama mengapa cikgu tuisyen di rumah semakin menjadi pilihan ibubapa dan pelajar:

1. Peningkatan bilangan pelajar menyebabkan persaingan semakin kompetitif

perlukan cikgu tuisyen

Disebabkan pertambahan graduan, saingan mendapatkan pekerjaan adalah semakin tinggi. Graduan perlu mendapatkan keputusan yang bagus untuk diterima oleh syarikat-syarikat besar yang memandang kelulusan mereka disamping kemahiran mereka. Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah pula, keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan membolehkan mereka mengambil jurusan yang mereka inginkan di IPTA dan IPTS. Pada masa yang sama ia membolehkan mereka mendapat tajaan biasiswa atau pinjaman dari badan-badan kerajaan atau swasta untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara. Namun kesemua peluang di atas adalah terhad bergantung kepada tempat yang dapat diberikan oleh setiap organisasi. Maka hanya individu yang mencapai keputusan cemerlang sahaja yang akan diambil. Atas sebab ini, ibubapa mula mengambil tutor persendirian bagi memberikan bantuan tambahan secara individu terhadap anak-anak mereka. Ini bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, IGCSE, A-Levels, International Baccalaureate dan sebagainya. Bantuan secara individu ini jarang dapat diberikan oleh cikgu-cikgu pelajar ini di sekolah disebabkan bilangan pelajar yang ramai untuk sesuatu kelas.

2. Sesetengah pelajar memang perlukan bantuan secara individu.

Guru tuisyen

Tidak semua pelajar mempunyai kemampuan belajar, pemahaman dan kepandaian yang sama. Sesetengah pelajar mengambil masa yang agak lama untuk memahami apa yang dibelajar di sekolah ( Pelajar-pelajar seperti ini juga dikenali sebagai ‘slow learner’). Kebanyakan guru di sekolah perlu menghabiskan silibus dengan cepat menyebabkan ada pelajar yang ketinggalan akibat tidak faham atau cikgu mengajar terlalu laju. Penyelesaian ibubapa ialah dengan mengambil tutor yang merupakan pakar bagi sesuatu subjek bagi membolehkan anak mereka mempelajari semula bahagian yang mereka ketinggalan. Sebab-sebab lain perlunya pelajar kepada guru tuisyen di rumah adalah seperti pelajar ketinggalan kerana baru berpindah ke sekolah baru, pelajar tidak dapat menhadiri kelas kerana sakit atau sebab-sebab lain, pelajar bertukar aliran, subjek tidak di ajar di sekolah atau pelajar yang telah tamat bersekolah tetapi mahu menduduki semula peperiksaan besar seperti SPM. Tutor persendirian juga diperlukan oleh golongan dewasa berkerja yang mahu belajar kemahiran seperti bahasa kedua (Bahasa Inggeris, Mandarin) , kemahiran berkaitan pekerjaan mereka seperti ACCA, Microsoft Office atau AutoCAD, atau lain-lain subjek sama ada ianya akademik atau tidak. Golongan dewasa ini tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas disebabkan tugasan mereka.  Mengambil tutor di rumah yang mempunyai masa fleksibel adalah langkah yang sangat bersesuaian dengan kehendak golongan yang bekerja ini.

3.  Cikgu tuisyen melengkapkan tugas guru di sekolah.

tuisyen di rumah

Tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar sesuatu ilmu atau subjek yang baru, dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang lain seperti mengendalikan eksperimen dan sebagainya. Namun ianya tidak mencukupi kerana sesetengah pelajar perlukan bantuan tambahan seperti cara menjawab soalan dalam peperiksaan atau berbincang tentang kesalahan dalam menjawab soalan. Disinilah fungsi guru tuisyen sebagai pelengkap. Peranan cikgu tuisyen adalah khusus dalam membantu pelajar menjawab soalan-soalan, menerangkan mengapa pelajar mendapat jawapan salah, atau menerangkan semula bahagian yang pelajar tidak faham. Cikgu tuisyen persendirian juga membantu dari segi lain seperti memberikan motivasi, memberikan bimbingan sahsiah atau membimbing pelajar dari segi cara belajar atau merancang waktu belajar. Segelintir ahli masyarakat gemar menyalahkan guru-guru sekolah apabila berlaku penurunan prestasi pelajar dalam pelajaran. Guru sekolah dikatakan tidak pandai mengajar atau tidak berusaha membantu pelajar secara individu. Hakikatnya guru-guru mempunyai banyak tugasan lain seperti menanda kertas, bermesyuarat, menyediakan bahan pembelajaran, memasukkan markah murid ke dalam sistem dan lain-lain. Pada masa yang sama, sebahagian besar guru-guru sekolah mempunyai peranan yang lain selain mengajar. Antaranya, mereka juga merupakan seorang warden, guru disiplin, jurulatih sukan, guru kelab, guru badan beruniform dan sebagainya. Guru-guru di sekolah hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu pelajar secara individu, atau mengajar semula topik yang telah diajar didalam kelas kepada pelajar-pelajar yang tidak faham. Oleh itu, cikgu tuisyen bertindak sebagai pelengkap dengan membantu pelajar memahami lebih mendalam apa yang dibelajar di sekolah.

Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Afrika Selatan telah mengenalpasti fungsi tuisyen yang merupakan pelengkap kepada pembelajaran di sekolah. Mereka memahami yang guru tuisyen bertindak memenuhi keperluan pelajar dan menyumbang kepada pembangunan kapital manusia (human capital). Ini dapat dilihat dengan bantuan yang diberikan kerajaan mereka kepada cikgu tuisyen seperti pemberian subsidi, latihan kepada guru tuisyen serta pengurangan cukai. (Artikel di sini). Diharapkan kerajaan kita dapat mengenalpasti dan menghargai peranan cikgu-cikgu tusyen dan memberikan mereka lebih banyak bantuan. Secara tidak langsung, ianya dapat menyumbang kepada kebaikan dan kemajuan pelajar-pelajar hari ini yang akan menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

 

blog.tags20 : 
KOMEN (0)

Tutor di Singapura mempunyai pendapatan sehingga $15,000 sebulan! ( Malahan seorang tutor berpendapatan $55,000 sebulan!)

31 Ogos 2013

Tahukah anda home tutor di negara jiran kita Singapura mempunyai pendapatan dari $2000 sehingga $15,000 sebulan?! Itu bersamaan dengan RM5000 sehingga RM37,500 sebulan! (1 Dolar Singapura = RM2.50) Tidak percaya saya? Klik link dibawah untuk membaca artikel dari suratkhabar The Sunday Times.

http://www.tutorkami.com/my/boards/topic/8/tutors-can-earn-a-five-figure-income-in-singapore

(Maaf, hanya tutor berdaftar sahaja boleh mengakses forum TutorKami =D ) 

blog.tags20 : 
KOMEN (0)

Tip Studi 'Last Minit' untuk Matematik Moden & Tambahan (SPM)

29 Ogos 2013

Minggu depan peperiksaan percubaan SPM 2013 akan bermula. Adakah anda, pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ini, sudah bersedia? Masih ada masa lagi untuk mengulangkaji dan Cikgu harap anda gunakan masa yang masih ada ini untuk membuat persediaan sebaik mungkin sebelum peperiksaan bermula. Di sini Cikgu berikan tips-tips ulangkaji ‘last minit’ untuk Kertas Matematik Moden dan Tambahan. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

  1. Lihat analisis soalan-soalan SPM yang lepas di sini dan sini. Anda akan dapati jumlah soalan untuk setiap topik adalah lebih kurang sama untuk setiap tahun. Untuk pelajar yang tidak sempat habis mengulangkaji kesemua topik sebelum SPM, fokuskan usaha anda untuk mengulangkaji dan membuat soalan dalam topik yang paling senang dan paling banyak keluar soalan. Kebarangkalian anda untuk mendapat result lebih baik adalah lebih tinggi.               
  2. Anda juga akan dapati soalan yang keluar setiap tahun adalah lebih kurang sama. Oleh itu cuba buat sekurang-kurangnya 1 set soalan SPM yang lepas  dan 1 set soalan trial 2012 dari negeri yang lain. (Cikgu cadangkan trial SBP atau MRSM). Tujuannya untuk berlatih menjawab jenis-jenis soalan yang biasa keluar, supaya anda lebih bersedia bila tiba hari peperiksaan nanti. Koleksi soalan SPM yang lepas boleh dibeli di kedai buku, dan untuk soalan trial anda boleh dapatkannya di www.banksoalanspm.com. Skema jawapan juga ada disediakan. 
  3. Adalah penting juga untuk pelajar berlatih menjawab setiap set soalan mengikut masa yang ditetapkan. Untuk kertas Matematik, kebiasaanya masa yang diberikan adalah cukup-cukup sahaja untuk menjawab. Oleh itu, rujuk jadual di bawah dan cuba berlatih untuk tidak mengambil masa lebih dari yang dicadangkan untuk menjawab sesuatu soalan.
  4. Untuk soalan Kertas 2 yang boleh dipilih, kenalpasti sekarang soalan mana yang akan anda pilih dalam trial SPM nanti. Lebihkan mengulangkaji topik yang anda akan pilih, dan jangan membuang masa mengulangkaji terlalu lama dalam topik yang anda tidak akan pilih.
  5. Setelah mencuba set soalan ini, bincang soalan yang anda dapat salah (atau anda ‘tembak’) dengan cikgu, tutor, kawan atau sesiapa yang boleh membantu. Kenalpasti mana-mana bahagian atau topik yang anda masih lemah atau tidak tahu. Cuba mantapkan pemahaman dalam topik/bahagian ini supaya anda tidak membuat kesalahan lagi. Dapatkan bantuan. Jika anda mempunyai cikgu tuisyen di rumah atau home tutor, pastikan anda selalu bertanya dan berbincang dengan cikgu itu tentang topik yang anda rasakan sukar dan bagaimana cara untuk menjawab soalan-soalan di dalam topik itu.

Selamat Mengulangkaji dan Selamat Berjaya!

Cikgu Hambal

http://www.tutorkami.com/my/tutor-70886

blog.tags20 : 
KOMEN (0)

Berita baik untuk ibubapa pada tahun 2014?

22 Ogos 2013

Tuisyen anak akan dikecualikan cukai

Tuisyen anak dikecualikan cukai

Cadangan akan dikemuka untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014: TPM

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke kelas tuisyen dan sekolah swasta.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertimbangan sama akan diberikan kepada ibu bapa yang mengambil inisiatif menyambung pengajian di pelbagai peringkat.

Timbalan Perdana Menteri akan mengemukakan cadangan yang disyorkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 semalam untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan yang kini dalam proses mendapatkan maklum balas rakyat untuk merangka Bajet 2014. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tuisyenanakdikecualikancukai/m/mArticle

KOMEN (0)

Dari Puan Noorhaida..

21 Ogos 2013


Saya ibu Tutor Hambal nak share this incident with my form 4 Chemistry student. Harap sudi baca. Anak murid saya, pelajar India ting 4S1 dtg jumpa saya minta saya tambah markah utk ujian bulanan nya, markahnya 33. Kemudian dia cerita kat saya yg dia pegi tuition kimia kat a tuition center tapi apa pun dia tak faham. Satu kelas sekali on pelajarnya 50 org. Dia dok di belakang. Saya kata knp tak dtg jumpa saya masa saya free. Problem is that Im never free. Masa free kena relief kelas, buat tugas2 guru tingkatan, ketua panitia kimia, gubal soalan, buat analisis...bla..bla...bla...also if saya free pun pelajar kurang percaya or takut nak jumpa cikgu. So saya nasihat keluar dari tuition itu dan jumpa saya bila2 masa utk bertanya. Tetapi....usaha utk cari tempat tuition yg lain if perlu sangat. Mmg perlu becos parents menekan pelajar utk p tuition. Ramai parents skrg are highly motivated or mempunyai harapan tinggi utk anak2 mereka supaya berjaya . So saya alu-alukan usaha anak sulung saya tentang private tutor or one to one tutoring. Maybe lebih berkesan utk pelajar2 yg sgt lemah and mmg perlu extra coaching in their lessons. Kami guru di sekolah satu kelas sampai 42 org pelajar dan masa mengajar hanya 2 kali seminggu. How to excel our students with all this constrain. Utk saya maybe OK becos of 25 years of teaching. Guru2 baru, mcmana agaknya pula. So tq for reading and pls ponder on my sharing.

Puan Noorhaida Sukardi,

Guru menengah selama 25 tahun dan ibu saya.

KOMEN (0)

SEPERTI YANG DITUNGGU-TUNGGU..

20 Ogos 2013

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, laman web www.TutorKami.com ini dilancarkan secara rasmi pada 20 haribulan Ogos 2013, bersamaaan dengan 12 Syawal 1434 Hijrah. Alhamdulillah..

KOMEN (0)

SELAMAT DATANG KE TUTORKAMI!

02 April 2013

Assalamualaikum & Selamat Datang!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, website ini telah berjaya disiapkan, dan akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2013 ini.

Kami amat berbangga akan website ini dan berharap ianya akan berguna dan dapat membantu anda. Kepada semua ibubapa, pelajar, pemilik pusat tuisyen dan agen tuisyen yang melawat website ini untuk mencari tutor, selamat datang dan terima kasih kerana melawat website ini. Kami berharap anda akan terus menyokong kami. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas dari anda untuk menjadikan website ini lebih baik. Sila email maklum balas anda kepada contact@tutorkami.com

Kepada guru-guru dan tutor-tutor yang melawat website ini untuk pertama kali, selamat datang kepada anda juga! Sila daftarkan diri anda untuk mendapat maklumat job tuisyen terkini di tempat berhampiran anda. Kami juga telah menyediakan forum untuk cikgu-cikgu berdaftar dengan website ini untuk berbincang hal-hal berkaitan pendidikan dan industri tuisyen yang sedang berkembang di negara ini, dan insya Allah, akan terus maju pada masa hadapan. Gunakan forum ini untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi masalah yang anda hadapi berkaitan tuisyen, dan bersama-sama kita berbincang jalan penyelesaiannya dari buah fikiran dan pengalaman kita semua dalam industri ini. Kami berharap anda menyukai website ini dan akan terus menyokong dengan memberitahu rakan-rakan dan cikgu-cikgu yang lain yang sedang mencari job tuisyen agar mendaftarkan diri mereka dengan website ini.

Sebelum saya mengakhiri entri ini, saya dengan rasa rendah diri memohon dari Tuan dan Cik Puan untuk mendoakan kejayaan TutorKami.com, dan agar website ini akan terus maju dan disokong oleh semua. Doakan juga yang kami akan terus berjaya untuk membantu klien-klien kami untuk mendapatkan cikgu tuisyen yang dapat menolong pelajar untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran mereka, dam pada masa yang sama membantu kesemua tutor-tutor kami untuk mendapatkan job tuisyen yang mereka dapat berikan khidmat yang terbaik. Amin.. 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan selamat datang!

Ahmad Hambal

Pemilik dan Pengurus, 

www.TutorKami.com

KOMEN (3)