Close

SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Adakah tutor berdaftar di TutorKami.com ini berkelayakan? Adakah mereka cikgu sekolah? Apakah pengalaman mengajar mereka?

J: Kebanyakan tutor di TutorKami.com adalah cikgu home tuisyen sepenuh masa atau sampingan. Kami juga mempunyai cikgu sekolah namun tidak ramai kerana kebanyakan mereka kurang mahu untuk membuat home tuisyen. Ini disebabkan tugas mereka sebagai guru sekolah memang memenatkan dan mereka mahu berehat serta meluangkan masa dengan keluarga di luar waktu sekolah.

Namun, tutor-tutor kami yang bukan guru sekolah juga berpengalaman dalam mengajar dan ini terbukti apabila hasil didikan mereka telah dapat membantu ramai pelajar mencapai peningkatan dalam pelajaran.  Setiap tutor ini juga mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah atau Diploma dalam bidang mereka masing-masing.

Tambahan lagi, Tuan/Puan tidak perlu gusar kerana kami akan menghantar dahulu profil tutor untuk Tuan/Puan meneliti sendiri latarbelakang cikgu yang berminat untuk mengajar anak Tuan/Puan. Jika Tuan/Puan berpuashati dan bersetuju, barulah nombor telefon mereka akan diberikan untuk Tuan/Puan hubungi dan temubual lebih lanjut sebelum memutuskan untuk mengambil khidmat mereka atau tidak. Disamping itu, pihak TutorKami.com juga memberikan jaminan tambahan terhadap khidmat tutor-tutor yang dicadangkan oleh kami. Sila lihat soalan ketiga.


S: Adakah saya perlu membayar khidmat pihak TutorKami.com untuk membantu saya mendapatkan cikgu atau tutor untuk anak saya?

J: Terdapat yuran pendaftaran RM50 untuk setiap pelajar. 


S: Jika saya tidak berpuashati terhadap khidmat cikgu yang diberikan oleh pihak TutorKami.com, adakah saya akan diberikan gantirugi?

J: Sila lihat ‘Jaminan TutorKami.com’ di laman utama. Jika Tuan/Puan tidak berpuashati semasa sesi pertama lagi, Tuan/Puan tidak perlu membayar sesi itu dan kami akan dapatkan cikgu lain. Jika Tuan/Puan bersambung ke sesi kedua dan seterusnya, maka bayaran bulanan dikira termasuk sesi pertama tadi


S: Saya dah tengok profail seorang tutor dan saya nakkan dia sebagai cikgu tuisyen anak saya. Bagaimana untuk saya menghubungi dia?

J: Kami akan hubungi tutor tersebut, dan jika dia boleh ajar anak tuan/puan, kami akan memberi nombor telefon dia untuk Tuan/Puan hubungi.


S: Jika saya mempunyai pelajar lain yang ingin menyertai kelas, adakah kadar bayaran bertambah atau sama sahaja?

JKadar bayaran akan bertambah, namun bayaran untuk setiap pelajar akan menjadi berkurang. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.


S: Berapa lama diperlukan untuk mendapatkan cikgu tuisyen? Saya mahukan anak saya memulakan kelas tuisyen di rumah secepat mungkin. 

J: Ianya akan bergantung kepada masa dan hari yang tuan/puan mahukan kelas tu, kadar bayaran yang boleh dibayar kepada tutor dan lokasi rumah tuan/puan. Jika masa dan hari adalah fleksibel (contoh: boleh kelas malam atau petang mana-mana hari), kadar bayaran yang tuan/puan boleh bayar adalah lebih tinggi, dan lokasi rumah tuan/puan adalah di bandar, maka lebih senang dan cepat untuk kami dapatkan cikgu tuisyen untuk anak tuan/puan.


S: Bagaimanakah saya membuat bayaran? Adakah saya perlu membayar kepada pihak TutorKami.com atau kepada tutor? 

J: Semua bayaran adalah terus kepada pihak TutorKami.com. Bayaran sebulan perlu dibuat pada minggu pertama setiap bulan selepas kesemua kelas dalam minggu tersebut telah habis. Jika bayaran masih belum diterima, kelas untuk minggu seterusnya akan ditangguhkan. Staf kami dari Bahagian Kewangan akan membantu dan menjawab segala pertanyaan Tuan/Puan yang berkaitan pembayaran. 


S: Saya merupakan pemilik pusat tuisyen. Bolehkah TUTORKAMI membantu saya dapatkan guru tuisyen untuk mengajar di pusat tuisyen saya?

J: Ya, boleh. Berikan kami maklumat lanjut dan kami akan carikan cikgu tuisyen untuk Tuan/Puan. Namun rate bayaran adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak kami.

Kepada ibubapa, pelajar dan pemilik pusat tuisyen, jika Tuan/Puan mempunyai apa-apa soalan yang lain, sila hantarkan kepada kami melalui email contact@tutorkami.com dan kami akan balas seberapa segera.