Close

SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Adakah ibubapa sentiasa mahukan cikgu tuisyen yang sangat berpengalaman?

J: Kebanyakan ibubapa memang mahukan guru tuisyen yang berpengalaman. Jika anda masih baru, anda boleh dapatkan pengalaman dengan mengajar adik-adik anda, adik atau anak rakan anda ataupun saudara mara anda. Anda juga boleh memohon menjadi tutor di pusat tuisyen. Sesetengahnya menyediakan latihan secara percuma.

S: Berapakah komisyen yang saya perlu bayar kepada TutorKami untuk mendapatkan job tuisyen?

J: Komisyen kepada TutorKami berbeza-beza mengikut kes. Sila rujuk maklumat setiap job tuisyen di rumah untuk mengetahui komisyen perlu diberi kepada TutorKami.

S: Perlukah saya membuat bayaran pendahuluan untuk mendapatkan job tuisyen?

J: Di TutorKami, anda tidak perlu membuat pembayaran pendahuluan. Kami akan mendapatkan komisyen terus dari ibubapa atau pelajar setelah anda melengkapkan jumlah kelas yang perlu.


S: Saya sedang melihat senarai job tuisyen di website ini. Bagaimanakah saya boleh mohon untuk mana2 job? Apakah maksud setiap status job?

J: Apabila anda melihat info lanjut untuk mana-mana job, status 'Masih Dibuka' bermaksud anda masih boleh mohon job ini, dan anda hanya perlu klik pada butang 'Mohon'. Status 'Telah Ditutup' bermaksud job itu sudah tidak boleh dimohon lagi.

Kepada tutor, jika anda mempunyai apa-apa soalan yang lain, sila hantarkan kepada kami melalui email contact@tutorkami.com dan kami akan menjawab soalan-soalan anda.