Close

TERMA & SYARAT MEMOHON JOB TUISYEN DENGAN TUTORKAMI

1. Bayaran komisyen (sekali sahaja untuk setiap job) perlu dibayar kepada TUTORKAMI.COM jika anda berjaya mendapat job tuisyen di rumah ini. Rujuk ruangan 'KOMISYEN' di laman 'MAKLUMAT JOB' untuk jumlah bayaran komisyen setiap job tuisyen. 

2. TUTORKAMI.COM akan mengambil bayaran komisyen secara terus daripada klien.

3. Semua bayaran job anda akan dibayar oleh Finance Manager kami pada setiap minggu ke-4 kelas. Jadi anda tidak perlu risau tentang kemungkinan anda tidak dibayar. Sebarang pertanyaan tentang bayaran bolehlah diajukan kepada Finance Manager kami. Nombor telefon dia tertera di laman ini dibahagian 'Mengenai TutorKami'.

4. Polisi kualiti: Jika ibubapa/pelajar tidak mahu mengambil anda selepas sesi percubaan PERTAMA (atas faktor merasakan tutor kurang berkelayakan untuk mengajar atau apa-apa sebab yang lain), sesi pertama akan dikira sebagai sesi percubaan PERCUMA. Anda tidak akan mendapat sebarang bayaran, dan tidak perlu membayar TUTORKAMI.COM sebarang komisyen.

5. Klien hanya akan membayar bermula dari sesi pertama (sesi percubaan tadi) jika mereka berpuashati dengan khidmat anda sebagai cikgu tuisyen semasa sesi percubaan dan terus menggunakan khidmat anda untuk sesi tuisyen yang seterusnya.

6. Tempoh minimum untuk memberi komitmen kepada sesuatu job tuisyen ialah selama sebulan. Jika anda sendiri yang berhenti memberikan tuisyen dalam tempoh sebulan yang pertama, pihak TUTORKAMI.COM akan tetap mendapat komisyennya seperti dinyatakan dalam maklumat job.

7. Jika pelajar atau ibubapa menamatkan tuisyen dengan anda dalam tempoh sebulan yang pertama, anda akan menerima balik sebahagian komisyen yang pihak kami terima (jumlah akan ditentukan nanti). Namun jika penamatan tuisyen adalah disebabkan kesalahan anda (seperti anda lambat, tidak datang untuk tuisyen tanpa sebarang sebab kukuh, anda dirasakan tidak cukup layak untuk mengajar) pihak TutorKami.com tetap akan mendapat kesemua amaun komisyen kami seperti dinyatakan dalam maklumat job.

8. HANYA TUTOR YANG DISENARAIPENDEKKAN AKAN DIHUBUNGI. Anda tidak perlu menghubungi kami bertanyakan status mana-mana job yang anda pohon. Diminta anda tidak menghubungi kami jika anda tidak dihubungi selepas memohon mana-mana job untuk mendapatkan penjelasan. Sila rujuk topik di Forum ini yang bertajuk ' Sebab-sebab seseorang guru tuisyen tidak mendapat mana-mana job yang dipohon'.

SILA BACA DENGAN TELITI KESEMUA TERMA & SYARAT DI ATAS SEBELUM MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN JOB INI. ANDA DIKIRA BERSETUJU DENGANNYA APABILA ANDA MENEKAN BUTANG 'MOHON'. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA & SYARAT-SYARAT INI, ANDA DIMINTA UNTUK TIDAK MEMOHON JOB INI.