Close

TERMA & SYARAT MENDAFTARKAN DIRI DENGAN TUTORKAMI.COM

SILA BACA DENGAN SEPENUHNYA KESEMUA TERMA & SYARAT INI SEBELUM BERDAFTAR. ANDA DIKIRA MENERIMA SEGALA TERMA & SYARAT INI APABILA ANDA MENERUSKAN PENDAFTARAN. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA TERMA & SYARATN DIBAWAH, ANDA DINASIHATKAN UNTUK TIDAK BERDAFTAR.

KELAYAKAN

a) Untuk melayakkan diri anda untuk berdaftar, anda mestilah merupakan warganegara, atau mempunyai taraf Penduduk Tetap ('Permanent Resident') atau pemegang pass pelajar/pekerja yang sah di Malaysia.

b) Anda mestilah mempunyai kalayakan akademik yang minimum dan mendapat gred yang bagus dalam subjek yang anda ingin mengajar.

PRIVASI DATA

a) Anda dengan ini mengesahkan yang segala informasi yang diberi kepada TUTORKAMI.COM adalah benar. Jika data yang diberi didapati adalah tidak benar, kami mempunyai hak untuk menggantung atau menutup akaun anda.

b) Data anda yang tidak ditunjukkan di profil awam anda (contoh status perkahwinan, alamat rumah anda) akan dirahsiakan oleh pihak kami. Informasi yang diminta ini adalah untuk mengesahkan diri anda adalah seperti yang anda daftarkan. TUTORKAMI.COM diamanahkan oleh klien kami (ibubapa,pelajar) untuk mencarikan bagi mereka tutor dan cikgu yang betul-betul merupakan seorang pengajar dan tidak berniat lain. Anda perlu faham yang jika anda dipilih untuk mengajar, ianya selalunya akan diadakan di rumah pelajar. Ini bermakna, anda akan memasuki kawasan persendirian ('private property') seseorang. Oleh itu, adalah sangat penting yang pihak TUTORKAMI.COM memastikan yang anda adalah seseorang yang boleh dipercayai untuk dibawa masuk ke dalam rumah, dan menjadi mengajar kepada pelajar tersebut.

c) Jika ibubapa atau pelajar merasakan yang mereka perlukan maklumat tambahan dan ingin meminta maklumat persendirian ('personal') anda diberikan kepada mereka, kami akan memaklumi anda akan perkara tersebut.

MEMOHON JOB

a) Sebelum memohon sebarang job, sila baca betul-betul maklumat job terutamanya lokasi, masa/hari, bayaran dan nota. Jika anda tidak boleh atau tidak mahu bersetuju dengan keperluan job itu, tidak perlu memohon.

b) Jika didapati yang anda tidak boleh memenuhi keperluan job itu tetapi anda tetap menekan butang mohon, kami akan menggantung akaun anda. Durasi pergantungan akan bergantung kepada pihak kami.

c) Jika selepas penggantungan anda ditamatkan, anda masih membuat perkara yang sama tadi, akaun anda akan ditutup.

KOMISYEN & BAYARAN 

a) Anda perlu membayar komisyen (sekali sahaja) kepada TUTORKAMI.COM untuk setiap job tuisyen yang anda terima. TUTORKAMI.COM akan mengambil komisyen ini secara terus daripada klien, 2 minggu selepas bermulanya kelas tuisyen tersebut.

b) Semua bayaran job anda akan dibayar oleh staf kami pada akhir bulan atau setiap 4 minggu. Jadi anda tidak perlu risau tentang kemungkinan anda tidak dibayar. Sebarang pertanyaan tentang bayaran bolehlah diajukan kepada staf kami dari Bahagian Kewangan. Maklumatnya terdapat di laman ini dibahagian 'Mengenai TutorKami'.

PENGGUNAAN LAMAN WEB

a) Anda dipersilakan untuk menggunakan semua kemudahan yang ada di laman web ini

b) Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan oleh penggunaan laman web ini.

c)  TUTORKAMI.COM ialah sebuah laman web yang mempunyai hakcipta terpelihara.  Semua jenama dan hakcipta lain yang diperlihatkan di laman web ini atau melalui pautan ke laman lain adalah hakmilik dan kepunyaan pemiliknya masing-masing.

d) TUTORKAMI.COM mempunyai hak untuk menambah, mengemaskini, menukar, atau memadamkan sebarang maklumat dan informasi di laman web pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

PENOLAKAN TUNTUTAN ('DISCLAIMER')

a) TUTORKAMI.COM hanyalah merupakan agensi perujuk cikgu tuisyen dan tutor ('tutor referral agency') dan tidak bertanggungjawab ke atas segala khidmat yang diberikan oleh tutor-tutor berdaftar di laman web ini. Adalah tanggungjawab sendiri setiap tutor untuk menjaga kualiti khidmat tuisyen sendiri, mengatur jadual tuisyen, membayar cukai ke atas segala pendapatan dari tuisyen, dan segala perkara dan tanggungjawab lain yang berkaitan dengan khidmat tuisyen anda. TUTORKAMI.COM tidak merekodkan jumlah pelajar dan sesi yang diperolehi oleh setiap tutor berdaftar.

b) TUTORKAMI.COM tidak akan bertindak sebagai pihak ketiga atau orang tengah dalam mana-mana kes perbalahan atau ketidak puashatian yang berlaku antara tutor dan klien (ibubapa atau pelajar atau pemilik pusat tuisyen). Walaubagaimanapun, kami bersedia untuk memberikan pandangan serta cadangan kami.

c) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala maklumat yang diberikan kepada pihak TUTORKAMI.COM. TUTORKAMI.COM tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kesilapan, penipuan, atau ketidak tepatan mana-mana maklumat yang diberikan oleh anda.

d) Segala risiko berkaitan kualiti, ketepatan, kecukupan, kelengkapan dan kebenaran setiap maklumat yang diberikan di laman web ini adalah bergantung kepada anda sepenuhnya. Jika terdapat sebarang tindakan untuk mengambil langkah undang-undang, TUTORKAMI.COM atau mana-mana ahli gabungan atau hubungannya ('affiliate'), pengarah,pekerja, agen, pemberi lesen dan wakil kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pembayaran gantirugi, akibat, kejadian, kesan langsung atau tidak langsung, kerosakan khusus atau am atau berkaitan yang mungkin akan berlaku disebabkan penggunaan, atau ketidakupayaan untuk mengguna segala bahan-bahan, maklumat, informasi dan data yang terkandung atau diberikan oleh laman web ini, sama ada ianya diberikan oleh pihak kami, atau pihak anda.

e) TUTORKAMI.COM tidak terlibat dengan interaksi antara tutor dan klien (ibubapa atau pelajar atau pemilik pusat tuisyen). TUTORKAMI.COM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana perbalahan, tuntutan, kehilangan, kecederaan, atau kerosakan yang mungkin akan berlaku semasa, sebelum atau selepas mana-mana sesi tuisyen. Risiko mengajar di tempat klien adalah bergantung sepenuhnya kepada anda dan dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. 

Terma & Syarat - Tutor

Saya dengan ini telah mengesahkan yang saya telah membaca dan meneliti sepenuhnya segala terma dan syarat di atas, telah faham sepenuhnya dan bersetuju sepenuhnya. Sila klik butang 'Daftar' jika anda bersetuju terhadap segala terma & syarat di atas.