Close

INFO DAN TIPS KEPADA IBUBAPA & PELAJAR

PERANAN TUTORKAMI.COM

1. TutorKami.com hanya berperanan untuk menemukan ibubapa/pelajar yang perlukan tutor dengan mana-mana tutor yang berminat untuk mengajar pelajar tersebut. Kesemua tutor yang berdaftar di website ini adalah pekerja bebas (freelancers) dan bukan bekerja dengan syarikat kami. TutorKami tidak bertanggungjawab sekiranya mana-mana cikgu tuisyen yang diperkenalkan oleh kami melakukan kesalahan sama ada serius atau tidak. Dari pihak kami, kami akan mecuba sebaik mungkin untuk menapis dan memastikan tutor yang kami kenalkan adalah seorang tutor atau cikgu yang betul. Jika tuan/puan merasakan yang tuan/puan ingin mengambil langkah keselamatan tambahan sebelum mengambil tutor, sebagai contoh perlukan salinan IC atau pasport tutor berkenaan, sila maklumkan kepada kami dan kami akan meminta tutor yang berminat untuk berbuat demikian.


KADAR BAYARAN TUTOR

1. Kadar bayaran yang ditetapkan ialah mengikut jam. Sebagai contoh, tutor untuk subjek SPM biasanya akan mengenakan kadar bayaran RM50-RM80 sejam

2. Tutor yang lebih berpengalaman biasanya mempunyai kadar bayaran yang lebih tinggi dari tutor yang baru. Namun, itu tidak bermakna tutor baru kurang bagus atau tidak berkualiti

3. Kadar bayaran untuk setiap tutor adalah tidak seragam. Ianya akan bergantung kepada tahap pengalaman guru tuisyen, jarak antara tempat tutor dengan rumah pelajar, serta subjek yang diajar. Sila hubungi kami untuk mengetahui info berkenaan kadar bayaran dengan lebih lanjut.


MENILAI DAN MEMILIH TUTOR

1. Di TutorKami.com, kami meminta setiap tutor untuk memuatnaik testimonial dari pelajar,ibubapa atau klien yang pernah mengambil mereka dahulu. Ini sebagai bukti yang mereka mempunyai pengalaman, khidmat mereka berkualiti dan diperakui oleh klien dahulu. .

2. Tutor yang muda atau baru biasanya tidak mempunyai pengalaman. Tetapi itu tidak bermakna mereka tidak bagus. Sesetengah ibubapa lebih gemar mengambil tutor yang muda kerana anak-anak mereka lebih selesa untuk berkomunikasi dengan mereka disebabkan faktor perbezaan umur yang tidak terlalu jauh.

3. Cuba untuk melihat dan menilai tutor semasa sesi tusyen pertama. Jika anda atau anak anda merasakan tutor itu tidak sesuai, beritahu kami dan kami akan perkenalkan tutor yang lain. Tutor yang terdahulu tidak perlu dibayar. Anda hanya mula membayar dari sesi pertama jika anda berpuashati dengan kualiti tutor dan mahu mengambilnya untuk sesi tuisyen di rumah seterusnya dengan anak anda.


PEMBAYARAN

1. Semua pembayaran adalah terus kepada pihak TutorKami.com. Staf kami akan membantu anda dalam urusan pembayaran

2. Jika anda memerlukan resit, sila maklumkan kepada staf kami dan anda akan diberikan resit melalui emel.