Close
Cikgu Nabilah Suki
MAHU Cikgu Nabilah Suki SEBAGAI GURU TUISYEN DI RUMAH ANDA?
SILA HUBUNGI KAMI DI NOMBOR TERTERA DI ATAS HARI INI!

PROFIL CIKGU TUISYEN DI RUMAH - Cikgu Nabilah Suki

NOMBOR ID: 1465586
NAMA: Cikgu Nabilah Suki
UMUR: 30
JANTINA: Perempuan
Bangsa: Melayu
STATUS TUTOR: Sampingan
PEKERJAAN:
TEMPAT BOLEH DIPERGI UNTUK TUISYEN DI Selangor: Beranang
SUBJEK YANG BOLEH DIAJAR DARJAH 1-6 (UPSR): BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS
KELULUSAN: Master Pendidikan Teknik & Vokasional
PENGALAMAN: 1 tahun
MAHU MENGAJAR DI PUSAT TUISYEN: Ya
MENGENAI SAYA Saya berpengalaman menjadi Hometutor selama hampir setahun iaitu bermula pada bulah April 2018, subjek yang terlibat adalah; Matematik, Sains dan Bahasa Melayu bagi UPSR dan Sains bagi PT3.

Saya juga berpengalaman hampir 3 bulan menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen di Bandar Tasek Kesuma mengajar subjek Matematik UPSR. Disamping itu juga, saya telah berkhidmat selama hampir 4 bulan sebagai guru ganti di Smk Bandar Tasik Kesuma mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR dan Sejarah PT3 (tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 4 & 5).

Murid dan pelajar yang di ajar oleh saya menunjukkan nilai yang positif dan peningkatan yang baik. Apabila mereka mula faham dengan isi pembelajaran walaupun sedikit, mereka mula menunjukkan minat untuk lebih tahu dan mula mempunyai idea untuk bertanya.

Seperti kita telah ketahui setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan dan pemahaman yang berbeza, di sebabkan oleh hal tersebut pada permulaan kelas atau sesuatu tajuk, saya akan memberikan penerangan satu persatu dan menguji pelajar dengan mengutarakan beberapa persoalan yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

Jika di dapati respon yang diberikan oleh pelajar kurang memberansangkan maka langkah seterusnya akan dibuat, seperti memberikan penerangan dengan cara yang berbeza dengan memberikan contoh yang lebih dekat dengan pelajar. Saya tidak akan berpindah ke tajuk yang seterusnya jika pelajar masih tidak memahami tajuk tersebut. Setiap kali habis sub-topik atau tajuk, saya akan memberikan sedikit ujian bagi menguji tahap pemahaman pelajar.

Sudah menjadi kemestian, setiap kali kelas berjalan saya akan pastikan suasana kelas tidak terlalu serius. Ini kerasa bagi saya apabila suasana kelas begitu pelajar akan merasa selesa dan tidak tertekan serta merasa takut untuk memberikan idea atau pendapat mereka. Bagi meningkat kan motivasi mereka, setiap kali mereka dapat menjawab soalan yang di utarakan semasa akhir kelas akan diberikan ganjaran hadiah, seperti gula-gula.