Select Page

Sedang mencari tips pilih tadika untuk anak sulung anda? Sebagai seorang ibu bapa, sudah pasti kita inginkan yang terbaik untuk anak kita. Namun, tugas semudah memilih tadika boleh menjadi tugas yang rumit lebih-lebih lagi jika ia merupakan pengalaman pertama kita.

Dengan pelbagai tadika-tadika yang setiap satunya mempunyai tawaran menarik yang tersendiri, sudah pasti ia menyukarkan lagi keputusan anda.

Namun, hari ini kami ingin membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk anak anda dengan perkongsian 11 tips pilih tadika ini.


Tips 1 : Kenalpasti Falsafah Pendidikan

Langkah pertama yang anda perlu tetapkan adalah mengenalpasti falsafah pendidikan yang ingin diajarkan kepada anak anda. Kerana setiap tadika mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri.

Adakah anda mahukan anak anda menguasai pendidikan dan fokus kepada peperiksaan atau anda mahu anak anda ke arah perkembangan skil atau bakat yang lebih praktikal? Anda mahukan anak anda fokus lebih kepada pendidikan agama atau pendidikan seimbang? Anda mahu anak anda diajar disiplin dan pembelajaran yang teratur atau lebih fleksibiliti dan keseimbangan pembelajaran dan masa bermain?

Tips 2 : Pertimbangkan Persekitaran Sekolah

Adalah penting untuk anak anda merasa sekolah itu sebagai ‘rumah’ mereka. Pastikan ianya terletak dalam kawasan yang selamat, kadar jenayah yang rendah, tidak terletak di persimpangan atau lebuhraya yang bahaya.

11 Tips Pilih Tadika Terbaik Anak Anda

Tips 3 : Perwatakan Guru

Salah satu pengaruh yang paling besar (selain ibu bapa) adalah guru. Mereka berinteraksi dan melihat tingkah laku guru. Maka adalah penting untuk anak anda diajar oleh guru yang bertanggungjawab.

Ada sesetengah guru yang mengajar hanya untuk slip gaji di akhir bulan, dan ada juga sesetengah guru yang mengajar atas dasar minat. Kebiasaannya, anda akan dapat membezakan perwatakan ini melalui gaya percakapan mereka.

Alternatifnya, anda boleh bertanya kepada pihak tadika mengenai syarat guru yang diambil mahupun sijil atau kursus tertentu yang mungkin diwajibkan oleh pihak tadika ke atas guru mereka.

Tips 4 : Kurikulum Seimbang

Sebaiknya, cari sekolah yang mempunyai program-program sosial. Anak-anak perlu diajar untuk berkomunikasi dan bekerjasama sebagai sebuah komuniti. Nilai ini adalah penting bagi membentuk keyakinan serta peribadi mereka.

Tips 5 : Gaya Pembelajaran Seronok

Sering berikan perhatian sama ada anak (anak anda atau kanak-kanak lain) seronok bersekolah. Kanak-kanak harus rasa seronok berada di sekolah, rasa seronok belajar serta rasa seronok apabila dikelilingi guru dan rakan sebaya.

Sekiranya tidak, anda harus kenalpasti apa sebab disebaliknya.

Tips 6 : Bilangan Pelajar

Dapatkan maklumat daripada guru berapakah maksimum saiz sesebuah kelas yang diterima oleh sekolah. Saiz sesebuah kelas memainkan peranan kepada pengalaman anak anda di sekolah.

Di kelas yang kecil, guru mampu meninjau setiap pelajar dengan lebih kerap setiap hari. Kurikulum pembelajaran turut dapat disesuaikan dengan perkembangan murid. Dan pelajar akan lebih terlibat dalam sebarang aktiviti dan kurang kemungkinan daripada disisihkan. Ini adalah antara elemen penting dalam tips pilih tadika terbaik untuk anak anda.

Tips 7 : Semak Jadual Pembelajaran dan Aktiviti Kokurikulum

Sudah tentu, kita mahu anak kita belajar dan berkembang apabila dihantar ke tadika. Dan dengan itu, adalah perlu untuk kita semak jadual silibus anak secara sepintas lalu.

Ada sesetengah sekolah yang turut menyediakan banyak aktiviti diluar kelas sebagai aktiviti tambahan.

Tips 8 : Menu Hidangan Makanan

Ya. Kita bukan hantar anak ke tadika untuk makan. Tetapi ketahuilah anak-anak kita memerlukan makanan untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Maka, adalah perlu untuk ibu bapa dapatkan sedikit maklumat mengenai makanan yang dihidangkan kepada anak kita kelak.

Ingat. Disini kita bukan ingin menilai harga makanan yang dihidangkan, tetapi kita ingin tahu seberapa peka pihak tadika terhadap makanan anak. Toleransi setiap kanak-kanak terhadap rasa pedas, manis adalah berbeza-beza. Yang paling baik, adalah untuk anak kita dihidangkan makanan yang sihat. Rujuk panduan pemakanan seimbang anak anda DI SINI.

Tips 9 : Berbual Dengan Ibu Bapa

Cara yang paling mudah dan cepat adalah dengan cara anda dapatkan sendiri info dan testimoni daripada ibu bapa lain yang telahpun menghantar anak mereka ke tadika tersebut.

Kebiasaannya, ibu bapa tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi pengalaman mereka. Silap-silap, anda dimasukkan terus ke dalam kumpulan whatsapp mereka.

Tips 10 : Polisi Tambahan Sekolah

Setiap kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Dapatkan maklumat daripada pihak sekolah bagaimanakah polisi mereka mengajar pelajar yang mungkin perkembangannya sedikit lambat. Apakah ada kelas tambahan? Ada sesi berasingan? Ada pemerhatian lebih daripada guru?

https://www.tutorkami.com/tuition/perbandingan-yuran-tadika-malaysia-2019/

Tips 11 : Lawatan

Tidak lain dan tidak bukan, nilaikan lah sendiri tadika tersebut dengan lawatan ke tadika yang ingin anda daftarkan. Percaya kepada naluri anda.


Sekian, itu sahaja tips pilih tadika yang disediakan oleh Tutorkami. Kami juga menyediakan artikel Perbandingan Yuran Tadika di Malaysia.

Sekiranya anda memerlukan tenaga pengajar atau khidmat home tutor untuk mengajar anak anda di rumah, dapatkannya terus di laman rasmi kami :

Home Tutor Pra-Sekolah / Tadika
Home Tutor Pra-Sekolah / Tadika
Home Tutor Pra-Sekolah / Tadika

Conseillé pour viagra pas cher à Paris
! Expertise et savoir-faire. Le meilleur endroit pour viagra prix à Paris
! Options de paiement pratiques. L’endroit parfait pour acheter du viagra
. Équipe compétente à votre service. Vous cherchez où viagra pas cher en France
. Service fiable et digne de confiance. Надёжное Lev casino официальный сайт
с прогрессивным джекпотом Успешное Lev casino
с прогрессивным джекпотом Где найти Лев казино
с обучающими материалами Удобное Лев казино бонус
с бесплатными спинами Бонусные игровые автоматы бесплатно с интересными акциями Экспрессивные игровые автоматы демо
с функцией автоспина Фееричные игровые автоматы демо
с прозрачными условиями