Select Page

Homeschooling adalah salah satu alternatif pembelajaran yang kian menjadi pilihan oleh sesetengah ibu bapa di Malaysia. Namun, tahukah anda apa itu Homeschooling?

Definisi Homeschooling

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Homeschooling merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga.

Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak. Persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Homeschooling Malaysia

Tujuan asal Homeschooling adalah bagi memberi lebih penjagaan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Juga, ada sesetengah situasi dimana kanak-kanak mempunyai masalah perkembangan dan memerlukan bimbingan yang lebih berfokus.

Seterusnya, trend ini dipraktikkan oleh ibu bapa yang ingin pembelajaran anak mereka lebih berfokus. Sebagai contoh, sekiranya anak anda meminati subjek sejarah, mungkin anda akan berikan lebih penekanan kepada subjek sejarah yang digemarinya.

Tapi ingat, tidak bermakna subjek lain boleh diabaikan kerana anak anda masih perlu untuk menduduki peperiksaan sepertimana pelajar sekolah yang lain.

Maka sekiranya anda bercadang untuk anak anda belajar melalui Homeschooling, kami kongsikan dengan anda hari ini panduan ringkas serta cabaran Homeschooling di Malaysia.

Panduan Homeschooling di Malaysia

1.Pendaftaran

Menutur Akta Pendidikan 1966, kanak-kanak wajib diberikan hak pendidikan kepada mereka. Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan dengan denda sehingga RM5000 atau penjara selama 6 bulan. Namun,  pada ketika artikel ini ditulis, akta ini hanya mewajibkan anak dihantar hingga ke darjah 6.

Maka, sekiranya anda memilih untuk Homeschool-kan anak anda, jangan lupa untuk mengisi borang permohanan dan melakukan pendaftaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri berdekatan dengan anda.

2.Syarat Permohonan

Sebelum anda memilih untuk menghantar permohonan anda, ketahuilah anda harus mematuhi syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh KPM. Syarat-syaratnya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon memiliki kelulusan ikhtisas perguruan
  • Salah seorang ibu bapa mesti menjadi pengajar sepenuh masa
  • Diwajibkan menggunakan kurikulum kebangsaan
  • Berkemampuan untuk penyediaan prasarana yang kondusif

Ibu bapa turut harus membenarkan wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk lakukan lawata pada bila-bila masa ke rumah anda.

DAPATKAN HOME TUTOR UNTUK ANAK ANDA

3.Jenis Homeschooling

Terdapat 3 jenis homeschooling yang dipraktikkan di Malaysia.

  1. Ibu Bapa Sebagai Tenaga Pengajar
    Untuk jenis ini, ianya amatlah jelas di mana ibu bapa yang bakal menjadi tenaga pengajar kepada anak mereka sendiri.
  2. Ibu Bapa Berkumpulan
    Beberapa ibu bapa akan berkumpul dan mengumpulkan anak mereka di satu tempat sebagai kelas. Mereka akan bergilir-gilir mengambil sesi dan subjek kepada anak-anak mereka.
  3. Homeschooling School
    Anak-anak masih dihantar ke sekolah, namun perbezaannya adalah pada kaedah yang digunakan untuk mengajar anak-anak anda.

Cabaran Homeschooling

Cabaran Homeschooling

1.Silibus Pembelajaran

Seperti yang telah kami terangkan di awal penulisan, anak anda masih perlu menduduki peperiksaan seperti mana kanak-kanak lain. Ini bermakna, anda sebagai ibu bapa lah yang kan menjadi tenaga pengajar untuk kesemua subjek yang anak anda pelajari.

Sudah tentu ini bukan tugas yang mudah. Sekiranya di sekolah ada seorang guru untuk setiap subjek, di rumah andalah guru untuk kesemua subjek tersebut.

Maka anda perlu dapatkan maklumat sedikit sebanyak mengenai aturan pembelajaran yang betul supaya boleh tamat pada waktu yang sepatutnya.

2.Disiplin

Disiplin adalah syarat utama dalam Homeschooling. Belajar di rumah tidak bermakna anak anda boleh belajar bila-bila saja yang dia ingini dan rehat bila-bila saja dia letih.

Anda harus mendisiplinkan dia untuk tetap mengikuti jadual. Perlu ada jadual untuknya! Selain menjadikan pembelajarannya efisien, ia membantu membina karakter anak anda untuk kebaikannya kelak.

3.Pengurusan Masa

Bukan sahaja masa anak anda yang harus diurus, anda selaku guru turut harus lebih bijak mengatur masa anda. Anda perlu menyediakan masa untuk anda sendiri mengulangkaji subjek yang bakal diajarkan kepada anak anda sekurang-kurangnya sehari sebelum hari pembelajaran.

4.Role Model

Pembelajaran Homeschooling bukan pembelajaran teori dan lisan semata-mata. Memandangkan anak anda meluangkan masa yang jauh lebih panjang bersama anda, mereka akan belajar apa sahaja daripada tindak-tanduk anda.

Mereka menyerap tindakan anda lebih baik melalui pemerhatian berbanding penerangan lisan yang anda sampaikan.

Maka sebagai ibu bapa merangkap guru mereka, anda perlu menjadi seorang role model kepada mereka.


Akhir kata daripada kami, sertailah komuniti Homeschooling setempat agar anda boleh mendapatkan bantuan dan cadangan penambahbaikan daripada mereka yang telah melaluinya.

Namun sekiranya anda sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan sesi Homeschooling anak anda pada tahun ke 3 atau tahun ke 4, anda masih boleh memasukkan anak anda ke sekolah harian biasa. Namun, anda harus mempunyai bukti bahawa anak anda telah melalui sesi pembelajaran mengikut kurikulum sekolah.

Ingin mendapatkan home tutor untuk anak anda?

HUBUNGI KAMI SEKARANG

Le premier choix pour viagra prix
! Avantages exclusifs pour les membres. Conseillé par les experts pour acheter du viagra en France
. Promotions exclusives en cours. Conseillé par les experts pour acheter du viagra à Paris
. Des milliers de clients satisfaits. Choix judicieux pour viagra pas cher à Paris
. Stock toujours à jour. Быстрорастущее casino Lev официальный сайт с уникальными функциями Профессиональное casino Lev зеркало
без установки Топовое казино Лев зеркало
с VIP-программой Сертифицированное casino Lev бонус
с высокой отдачей Популярные игровые автоматы бесплатно в хорошем качестве Прибыльные игровые автоматы демо
с быстрым выводом Лицензионные игровые автоматы
с бонусами